
GSF: Ahmad Faezal Tarik Diri Kerana Demam Panas, Kini Sudah Berada Di Malaysia
Pempengaruh media sosial dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal terpaksa menarik diri dari misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 kerana mengalami demam panas.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Datuk Alim Araby dalam satu kenyataan pada Khamis.
"Ahmad Faezal telah mengalami demam panas dan terpaksa menarik diri di Pelabuhan Sicily, Itali dan telah selamat tiba di Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Faezal menerusi video di Instagram miliknya turut memaklumkan mengenai perkara tersebut.
"Saya tidak sempat sembuh dari demam panas waktu itu dan minta sertai semula dari pelabuhan seterusnya.
"Cuma nak sertai semula ini kena ambil tempat orang lain sebab dah pun ada queue, tiga empat hari ini memang perit sebab nak berdamai dengan takdir," katanya.
Menerusi video tersebut, beliau juga mengulas mengenai keadaan terkini misi itu yang menyaksikan seramai 175 aktivitis ditahan termasuk 10 rakyat Malaysia.
Baca juga:
Seramai 175 Aktivis Termasuk 10 Rakyat Malaysia Diculik & Dibawa Ke Israel - KP SNCC
Kerajaan Bekerjasama Rapat Dengan Negara-Negara Sahabat, Pastikan 10 Rakyat Malaysia Dibebaskan Segera
Israel Tahan Kapal GSF, ZRA Antara 10 Rakyat Malaysia Yang Terlibat
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang berhubung dan bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan 10 rakyat Malaysia yang ditahan Israel dibebaskan dengan segera.
"Malaysia mendesak agar semua pihak bertindak dengan segera dan memastikan tiada sebarang tindakan keras dikenakan terhadap semua para aktivis, termasuk 10 rakyat Malaysia yang kini ditahan dan terputus hubungan.
"Keselamatan mereka mesti dijamin tanpa kompromi," katanya.




![[VIDEO] ZRA Kongsi Aksi Mendebarkan, Aktivis GSF Kejar & Sekat Kapal Bawa Keperluan Tentera Isr*el](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/04/zra-gsf-sekat-kapal-tentera-israel-300x158.jpg)
