[VIDEO] ZRA Kongsi Aksi Mendebarkan, Aktivis GSF Kejar & Sekat Kapal Bawa Keperluan Tentera Isr*el

WorldPolitics
21 Apr 2026 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

zra gsf sekat kapal tentera israel

Bekas wartawan yang juga sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) berkongsi perkembangan terkini pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF 2.0).

Menerusi perkongsiannya di Facebook, para aktivis menjalankan misi mendebarkan selepas mengesan sebuah kapal yang membawa peralatan berkaitan keperluan tentera Israel sedang melintasi lautan Mediterranean.

Menurut ZRA, sebanyak 19 buah bot GSF ditugaskan ke misi protes dengan mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengejar sebelum mengepung kapal terbabit.

Katanya, operasi dijalankan menggunakan taktik kepungan dan melintasi kapal sasaran, dengan disertai tiupan hon udara yang bertalu-talu serta kibaran bendera Palestin sebagai tanda protes.

“2 jam mengejar dengan bantuan angin kencang dan bot layar berjaya mencapai kelajuan 8 knot. Kami hampiri kapal sasaran dengan protes keras,” katanya.

Tambah beliau, usaha dalam pelayaran kali ini juga adalah bagi meneruskan kesinambungan perjuangan untuk memboikot 60,000 pekerja di tiga pelabuhan Itali terhadap kargo senjata ke Israel, iaitu ketika Sumud Flotilla belayar pada September 2025.

“Kita tak mungkin dapat menenggelamkan kapal pro genosida ini. Namun, langkah protes di lautan adalah mewakili suara masyarakat sivil yang mahu genosida segera dihentikan,” tegasnya.

Difahamkan, tindakan yang dilakukan ini juga sebagai usaha untuk mengganggu rantaian bekalan yang dibawa kapal tersebut.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.