GSF contoh misi kemanusiaan, semangat persaudaraan tanpa batas – Agong

LocalPolitics
3 Oct 2025 • 12:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, Global Sumud Flotilla (GSF) adalah misi kemanusiaan yang murni dalam membantu mereka yang kelaparan termasuk golongan warga emas, wanita serta kanak-kanak.

Baginda menzahirkan penghargaan terhadap sukarelawan-sukarelawan terlibat termasuk Malaysia yang sanggup menggalas risiko dan cabaran demi membawa mesej kemanusiaan ke peringkat antarabangsa.

Sultan Ibrahim, bertitah misi GSF ini adalah contoh semangat persaudaraan tanpa batas dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

Misi kemanusiaan

image is not available

“Mereka hanya dalam misi kemanusiaan membawa bekalan makanan, namun dihalang dan ditahan. Ini bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat.

“Pada hari ini, saya mendapatkan taklimat terkini mengenai perkembangan semasa GSF termasuk usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh Malaysia dalam membebaskan sukarelawan kita.

“Semoga setiap usaha murni yang sedang dilakukan serta digerakkan kerajaan dalam membantu sukarelawan rakyat kita dipermudahkan dan dilindungi Allah,” titah baginda dalam satu kenyataan, hari ini.

Misi kemanusiaan

image is not available

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku, di sini.