GSF: “Hijab Direntap, Minum Air Tandas, Letak Tengah Panas & Dikurung Dalam Sangkar” – Ilyia Balqis Kongsi Kekejaman ‘Isewel’

WorldPolitics
5 Oct 2025 • 7:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Salah seorang peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) mendedahkan pengalaman perit yang dialami sewaktu di dalam tahanan penjara Zionis.

Dilayan dengan penuh hina!

Kata Ilyia Balqis Suhaimi, layanan yang diterima sewaktu di dalam tahan sangat menjengkelkan serta satu penghinaan kerana dilayan seolah-olah penjenayah, sedangkan mereka hanyalah aktivis kemanusiaan.

image is not available

Menurut Ilyia mereka dipaksa untuk menukar pakaian dalam keadaan tidak selesa dan diletakkan di ruangan sempit dengan pengcahayaan terang yang menyakitkan mata.

Mereka tidak menghormati kami sebagai wanita berhijab.

Paksa buka hijab, minum air tandas

Lebih menyedihkan, ada juga beberapa wanita Muslim lain dipaksa oleh tentera Israel agar hijabnya dibuka.

image is not available

Mereka tidak beri kami air bersih dan juga ubat walaupun kami minta. Ada seorang wanita perlukan ubat, tapi mereka tolak. Mereka kata kalau belum mati, tak mengapa. Kami juga dipaksa minum air tandas.

Sekadar info, kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai mis GSF telah tiba di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan pada Sabtu, semalam.

image is not available 2025-10-05 11:57:18

Ardell Aryana Antara Aktivis Yang Direntap Tudung Oleh Israel, Pulang Dengan 'Hijab' Lain