GST Belum Sesuai Dilaksanakan Kerana Pendapatan Rakyat Masih Rendah – PM Anwar

LocalPolitics
20 Jun 2025 • 10:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

GST Belum Sesuai Dilaksanakan Kerana Pendapatan Rakyat Masih Rendah – PM Anwar

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) — Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum sesuai dilaksanakan semula berikutan nilai ambang pendapatan rakyat masih rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menegaskan perkara itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak menolak sepenuhnya cadangan pelaksanaan semula GST yang juga sistem percukaian efisien dan telus, namun lebih mengutamakan kemampuan rakyat berikutan sistem percukaiannya memberi kesan secara menyeluruh.

“Kita tangguhkan (GST) kerana nilai (ambang) pendapatan rakyat itu terlalu rendah. Pendapat saya kerana kerana orang yang pendapatan RM2,000, walaupun diberi beberapa pengecualian pun, namun banyak yang terkena (cukai).

“Gula, beras tidak kena tetapi pembelian barang lain atau menaiki bas bagi tujuan itu secara tidak langsung (dikenakan) GST…ini bermakna ia secara menyeluruh,” kata beliau ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Atas alasan itu, Anwar berkata kerajaan berpendapat pelaksanaan semula GST hanya wajar dipertimbangkan apabila purata pendapatan rakyat meningkat ke tahap lebih munasabah iaitu sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Sumber: BERNAMA