Kerajaan tangguh laksana semula GST sebab pendapatan rakyat rendah – PMX

LocalPolitics
20 Jun 2025 • 10:35 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan diguna semula buat masa ini kerana nilai pendapatan dalam kalangan rakyat dipercayai masih rendah dan belum mencapai tahap yang diinginkan bagi menggunakan sistem percukaian itu.

Kerajaan tangguh guna semula GST

image is not available

Foto: East Asia Forum

Menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu biarpun GST adalah sistem percukaian paling efisien dan telus, kerajaan ketika ini memilih tidak mengunakannya semula bagi mengurangkan beban berlebihan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

“Saya masih ingat ketika menjadi Menteri Kewangan dulu, saya nyatakan di Parlimen bahawa GST adalah sistem percukaian yang efisien dan telus, namun saya terpaksa tangguhkan kerana pendapatan rakyat ketika itu terlalu rendah.

“Tapi sekarang, gaji RM1,700 (gaji minimum), RM2,000 masih ramai. Maka keputusan tidak laksana cukai ini dibuat demi rakyat bawahan,” kata Anwar pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, hari ini.

image is not available

Foto: Akmal Saleh

Terdahulu, Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Datuk Dr Akmal Saleh menyarankan agar GST digunakan semula kerana ia lebih efisien dan berpendapat ia dapat mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah B40.

Untuk rekod, Belanjawan 2025 lalu telah mengumukan pelaksanaan semakan dan perluasan skop SST berfokus bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara dan meningkatkan hasil sekali gus meluaskan asas percukaian bagi mengubah mutu jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan rakyat.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)