GST, SST digabung

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2026 • 7:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: GST, SST digabung

PUTRAJAYA: Kerajaan bersedia meng­kaji penggabungan ciri Cu­kai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Cukai Jualan dan Per­khidmatan (SST) bagi menambah baik sistem percu­kaian negara.

Perdana Menteri, Datuk ­Seri An­war Ibrahim berkata, ba­gai­ma­­napun, pangkal sistem percukaian negara masih berasaskan SST.

“Kita terbuka untuk kaji (penggabungan GST dan SST) untuk perbaiki sistem percukaian. Tetapi kalau nak berca­kap pasal GST sahaja, saya punya kebimbangan seperti yang saya lahirkan berulang kali, ini nak kenakan cukai kepada rakyat.

“Walaupun dikatakan tidak (kenakan cukai kepada rak­yat), tetapi cukai rakyat ini bermakna orang yang tak pernah bayar cukai, mesti bayar juga. Bagaimana kita nak jawab dalam keada­an sekarang de­ngan kos sara hidup dan beban rakyat.

“Sebab itu kita guna pangkal SST, tetapi kalau ada beberapa pe­nyesuaian, boleh kita lakukan,” katanya ketika ditemui pem­berita selepas majlis libat urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan di sini, semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak me­nolak kemungkinan meneri­ma beberapa ciri dalam GST yang dilihat sesuai untuk dimasukkan dalam sistem percukaian negara.

“Pangkalnya masih SST. Te­ta­pi kalau ada beberapa ciri (GST) yang boleh kita terima, ki­ta terima. Namun saya tidak ma­hu bertolak ansur dan tidak ma­hu cukai dikenakan ke atas rakyat secara menyeluruh, seperti mana pangkal pandangan dalam GST.

“GST itu broad-based tax, kita mengenakan cukai kepada semua rakyat. Saya tidak setuju,” katanya.

Ditanya mengenai peranca­ngan khusus untuk golongan M40 dalam Belanjawan 2027, Anwar berkata, kerajaan telah menyenaraikan beberapa keutamaan bagi meringankan beban golongan berkenaan.

Kata beliau, dialog Belanjawan 2027 penting bagi membolehkan kerajaan mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk sektor perniagaan, perdagangan, dewan perniagaan dan institusi perbankan yang turut memainkan peranan dalam meningkatkan keyakinan serta keupayaan ekonomi negara.

Bagaimanapun, beliau ber­kata, meskipun beberapa sektor seperti kecerdasan buatan (AI) dan digital menunjukkan perkembangan, masih terdapat sektor serta perusahaan kecil dan sederhana yang berdepan cabaran dan memerlukan perhatian kerajaan.

Dalam pada itu, Perdana Men­teri berkata, siasatan ber­kaitan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) tidak terbatas kepada tempoh ditetapkan, sebaliknya melangkaui sebelum dan selepas waktu berkenaan.

Anwar berkata, tiada halangan untuk badan penguatkuasaan menjalankan siasatan melangkaui tempoh yang menjadi fokus RCI berkenaan.

“Memang sekarang ini semua tindakan itu dan kajian, semua melangkaui RCI. RCI itu sebagai induk dia.

“Tidak ada halangan kaji sebelum dan selepas, dan ini yang dilakukan oleh badan penguatkuasaan dan penyiasatan,” katanya

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, beliau memilih jalan kompromi berbanding ‘bertempur’ antara parti bagi memastikan kesta­bilan politik terus terpelihara sekali gus membolehkan eko­nomi negara berkembang sehingga penggal Kerajaan Perpaduan berakhir.

Katanya, keputusan itu di­buat kerana sebarang pertembungan politik berisiko menjejaskan kestabilan negara dan memberi kesan langsung terhadap keyakinan pelabur serta pertumbuhan ekonomi.

Anwar berkata, pendekatan berkenaan sememangnya mempunyai keterbatasan daripada segi ruang kerajaan untuk melaksanakan sesetengah dasar, namun ia perlu diterima sebagai sebahagian daripada pertimbangan bagi memastikan politik dan ekonomi negara kekal stabil.

“Sebab itu orang sergah saya kerana nampak kompromi. Tapi saya ada pilihan. Bertempur, ekonomi menjunam. Kompromi akan memberi keterbatasan tentang langkah-langkah diambil. Itu di antara dua keputusan yang harus dibuat,” katanya. – UTUSAN 

The post GST, SST digabung appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved