Kabinet arah kajian menyeluruh cadangan sistem percukaian hibrid SST-GST

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2026 • 3:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kabinet arah kajian menyeluruh cadangan sistem percukaian hibrid SST-GST

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya satu kajian menyeluruh dijalankan berhubung cadangan pelaksanaan sistem percukaian hibrid yang menggabungkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum sebarang keputusan dibuat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Kabinet juga telah mengarahkan Kementerian Kewangan, khususnya Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk meneliti secara terperinci cadangan berkenaan.

“Menteri Kewangan II diberikan tempoh masa tertentu bagi menyediakan laporan lengkap sebelum dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut.

“Perdana Menteri telah memaklumkan tentang keperluan untuk Kementerian Kewangan dan khususnya Menteri Kewangan II melakukan kajian penuh mengenai cadangan sistem percukaian hibrid SST-GST,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Katanya, kajian tersebut masih berada di peringkat awal dan memerlukan penelitian mendalam memandangkan ia melibatkan pelbagai aspek berkaitan sistem percukaian negara.

Fahmi berkata, kerajaan tidak mahu membuat keputusan secara tergesa-gesa kerana perlu mengambil kira pengalaman pelaksanaan GST sebelum ini serta isu-isu yang timbul di bawah sistem SST yang sedang digunakan ketika ini.

Ditanya sama ada kerajaan menetapkan garis masa atau tarikh akhir untuk kajian berkenaan disiapkan, termasuk kemungkinan pengumumannya dibuat dalam pembentangan Belanjawan 2027 akan datang, Fahmi berkata perkara itu belum dimaklumkan.. – UTUSAN

The post Kabinet arah kajian menyeluruh cadangan sistem percukaian hibrid SST-GST appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved