GTA VI Menerima Treler Baharu 17 Bulan Selepas Treler Pertama

TechnologyGamingDigital
6 May 2025 • 10:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas lebih 17 bulan treler pertama dilancarkan dan permainan kini ditangguh ke 26 Mei 2026, Grand Theft Auto VI akhirnya menerima sebuah treler baharu. Treler sepanjang hampir tiga minit ini menerangkan beberapa plot permainan serta nama penuh dua watak utama bakal dikawal oleh pemain.

Kualiti grafik dalam treler ini juga menunjukkan peningkatan berbanding treler pertama. Pemain nampaknya boleh menyertai acara bertinju di dalam sangkar, melakukan rompakan dan menggunakan pelbagai kenderaan di Liberty City. Ini kali pertama GTA kembali ke Liberty City sejak GTA Vice City yang dilancarkan pada tahun 2022.

Pelancaran GTA V masih ada lebih setahun dan kita hanya boleh berharap permainan ini tidak akan ditangguh lagi kerana sudah hampir 13 tahun sejak permainan terakhir dilancarkan. Grand Theft Auto VI akan tiba ke PlayStation 5 dan Xbox Series X/S terlebih dahulu dengan versi PC belum lagi diumumkan ketika ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved