Guan Eng sifatkan TuJu gagal, desak PM Anwar cari pengganti sementara!

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 5:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencari aplikasi navigasi sementara yang boleh dipercayai selepas menyifatkan TuJu gagal berfungsi sebagai alternatif kepada Waze.

Image from: Guan Eng sifatkan TuJu gagal, desak PM Anwar cari pengganti sementara!

Foto: Kosmo

Dalam kenyataannya, beliau mendakwa menerima aduan daripada sebahagian penjawat awam yang keliru mengenai aplikasi yang boleh digunakan susulan keputusan kerajaan melarang penggunaan Waze dan beralih kepada TuJu atas pertimbangan keselamatan negara.

“Apakah yang perlu dilakukan oleh penjawat awam sekarang untuk mencari arah perjalanan apabila mereka tidak boleh menggunakan Waze mahupun bergantung pada TuJu yang kini telah dinyahaktifkan?” soalnya.

Guan Eng berpandangan kerajaan perlu menyusun semula usaha mendapatkan alternatif kepada Waze, termasuk menghentikan penggunaan TuJu yang disifatkannya gagal serta menyediakan pilihan sementara yang boleh diharapkan.

Beliau turut mencadangkan tender terbuka bagi memberi peluang kepada anak muda tempatan membangunkan aplikasi navigasi jalan raya yang baharu dan berkesan.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyelamatkan 1.7 juta penjawat awam negara dengan mengatur semula usaha mencari alternatif kepada Waze, menghentikan penggunaan TuJu yang gagal dan mencari pengganti sementara yang boleh dipercayai, serta mengadakan tender terbuka bagi membolehkan anak muda Malaysia mereka bentuk aplikasi navigasi jalan raya yang baharu dan berkesan,” katanya.

Mengulas kemampuan TuJu, Guan Eng merujuk penjelasan Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Hasni Mohammad, bahawa aplikasi itu dibangunkan terutamanya bagi menambah baik perkhidmatan kepada pengguna lebuh raya bertol.

Menurut kenyataan Guan Eng, Hasni menjelaskan TuJu pada asalnya bukan dibangunkan untuk bersaing secara langsung dengan Waze atau menyediakan navigasi meliputi semua jalan.

Sebaliknya, aplikasi itu menyediakan maklumat berkaitan trafik, kawasan rehat, lokasi kamera penguatkuasaan dan nombor bantuan kecemasan untuk pengguna lebuh raya bertol.

Guan Eng turut merujuk kenyataan Hasni bahawa peluasan liputan ke jalan persekutuan, jalan perbandaran dan jalan kampung mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun lagi.

Berikutan itu, beliau mempersoalkan kesediaan TuJu untuk memenuhi keperluan navigasi 1.7 juta penjawat awam pada masa ini.

Beliau juga mendakwa Perdana Menteri telah diberikan gambaran mengelirukan mengenai kemampuan aplikasi yang dibangunkan LLM bersama Prosignal Consortium Sdn Bhd itu untuk menggantikan Waze, selain membangkitkan dakwaan bahawa pemilihannya tidak melalui tender terbuka.

Sumber: Facebook Lim Guan Eng

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved