LLM : TuJu Pada Asasnya Dibangunkan Untuk Penggunaan Di Lebuhraya Bertol

LocalTechnology
27 Oct 2026 • 2:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kontroversi mengenai aplikasi Tuju terus menjadi perhatian sejak kerajaan menggesa penjawat awam mengurangkan kebergantungan kepada Waze. Susulan itu, ramai pengguna mula membandingkan kedua-dua aplikasi berkenaan terutama apabila TuJu sering dikaitkan dengan keperluan navigasi dan perjalanan harian.

Image from: LLM : TuJu Pada Asasnya Dibangunkan Untuk Penggunaan Di Lebuhraya Bertol

Ketika perdebatan mengenai peranan sebenar TuJu masih berterusan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjelaskan bahawa aplikasi itu tidak dibangunkan sebagai pengganti kepada Waze. Menurut Pengerusi LLM, Datuk Seri Hasni Mohammad, TuJu dibangunkan khusus untuk pengguna lebuh raya bertol dan mempunyai fungsi yang berbeza daripada aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps.

Beliau berkata TuJu dibangunkan untuk membantu pengguna lebuh raya bertol mendapatkan maklumat berkaitan keadaan trafik, lokasi R&R, kamera penguatkuasaan serta saluran bantuan kecemasan. Sekiranya berlaku kerosakan kenderaan atau kecemasan di lebuh raya, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi itu untuk mendapatkan maklumat bantuan dan nombor telefon yang berkaitan.

Image from: LLM : TuJu Pada Asasnya Dibangunkan Untuk Penggunaan Di Lebuhraya Bertol

Walaupun mempunyai fungsi navigasi, skop penggunaannya ketika ini tertumpu kepada rangkaian lebuh raya bertol. Menerusi aplikasi itu, pengguna boleh melihat keadaan trafik semasa, lokasi susur keluar, kawasan rehat dan rawat (R&R) serta pelbagai kemudahan lain di sepanjang laluan perjalanan.

Menurut beliau, fokus TuJu buat masa ini masih tertumpu kepada lebuh raya bertol, manakala peluasan ke jalan persekutuan, jalan bandar dan jalan kampung bergantung kepada keupayaan teknikal serta sumber yang tersedia. Beliau turut mengakui aplikasi itu masih memerlukan beberapa penambahbaikan susulan peningkatan jumlah pengguna sejak kebelakangan ini.

Image from: LLM : TuJu Pada Asasnya Dibangunkan Untuk Penggunaan Di Lebuhraya Bertol

Penjelasan tersebut dibuat bagi memperincikan fungsi sebenar TuJu selepas timbul pelbagai tanggapan yang mengaitkannya dengan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps.

(Sumber: MalaysiaKini)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved