Guard paw RM50 di hospital, wanita dakwa ibu jadi mangsa ugutan parkir

19 May 2025 • 3:24 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Seorang pengawal keselamatan wanita di Hospital Kajang tular apabila didakwa meminta bayaran RM50 daripada pengunjung warga emas atas alasan meletakkan kenderaan di kawasan larangan, meskipun parkir tersebut bukan kawasan staf seperti didakwa.

Perkara itu dibongkarkan oleh pengguna TikTok, @allyzulkeflee dalam sebuah video yang kini tular. Ally mendakwa ibunya menjadi mangsa pemerasan apabila diminta membayar RM50 oleh seorang pengawal keselamatan perempuan.

Pengawal keselamatan tersebut mendakwa kereta mereka diletakkan di parkir kakitangan dan akan dikenakan dikunci jika tidak membayar sejumlah wang yang dikehendakinya.

“Saya ada hak sebab awak dah ambil duit mak saya,” tegas Ally dalam video tersebut, sambil mendesak agar wang itu dipulangkan. Beliau turut memberi amaran akan membuat laporan polis sekiranya wang tidak dikembalikan. “Kalau tak, malam ni awak tidur kat balai,” ujarnya.

@allyszackry_

Alang2 ramai dah kena ni lah muka dia hati hati bila pergi hospital kajang , nama dia MANUSHA , target dia orang tua orang luar. alasan dia adalah parking staf dan untuk claim atau bayar dia duit rm50 kalau tidak clamp kete!! mak aku kene berderau darah..#pdrmmalaysia #hospitalkajang

♬ original sound – allyszulkeflee ️ – allyszulkeflee ️

Pengawal keselamatan terbabit akhirnya menyerahkan semula wang yang diambil, dipercayai kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang atas tuduhan ugutan dan pemerasan terhadap warga emas.

Ally turut mempersoalkan tindakan pengawal keselamatan terbabit yang memulangkan semula wang tersebut, menyifatkannya sebagai bukti wujudnya unsur penipuan.

“Kalau betul parkir tu memang kena bayar RM50, kenapa pula awak pulangkan duit ni?” katanya geram.

Ally turut memaklumkan kepada beberapa pegawai keselamatan lain di lokasi bahawa kereta ibunya sebenarnya diletakkan di tempat yang dibenarkan.

Ally turut mendakwa pengawal keselamatan terbabit sering menyasarkan warga emas dan pengunjung luar yang tidak biasa dengan persekitaran hospital, menjadikan mereka mangsa mudah untuk diperas ugut.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak hospital atau syarikat keselamatan berkaitan kejadian tersebut. Orang ramai yang pernah mengalami situasi serupa disarankan tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sumber : TikTok @allyzulkeflee