Gudang musnah terbakar di Keningau

21 Feb 2026 • 2:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Sebuah gudang penyimpanan barang jenis separuh kekal milik Best Buy dengan anggaran keluasan 100 kaki persegi musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Lingkudau, awal pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan satu jentera FRT bersama tujuh anggota, sebuah lori tangki dengan dua anggota, serta satu EMRS bersama tiga anggota ke lokasi kejadian.

Pasukan tiba di lokasi sejauh tiga kilometer itu pada 4.08 pagi.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 400 kaki dengan dua pancutan, manakala sumber air diperoleh daripada tangki jentera dan lori tangki.

“Tiada mangsa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved