MForce Bike Holdings Buka Pusat Servis Terbesar di Malaysia

LocalCars
1 Feb 2026 • 12:19 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. hari ini melakar sejarah tersendiri apabila secara rasmi membuka pusat servis motosikal terbesar di Malaysia, yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur di Segambut.

Pusat servis ini mempunyai keluasan sekitar 77,000 kaki persegi, dengan nilai pelaburan dianggarkan mencecah RM40 juta, sebagai komitmen jangka panjang MForce dalam memperkukuh perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan.

Pusat servis mega ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lengkap termasuk pusat servis berkapasiti besar, ruang rehat pelanggan, dewan serbaguna, serta showroom yang menampilkan semua jenama motosikal di bawah MForce, selain kemudahan sokongan lain yang moden dan menyeluruh.

image is not available

Dalam perkembangan lain, MForce turut mengumumkan perancangan agresif bagi tahun ini dengan pelancaran lebih 40 model baharu untuk pasaran Malaysia, merangkumi pelbagai segmen dan keperluan pengguna.

Lebih membanggakan, MForce memaklumkan bahawa sebanyak 13,555 unit motosikal telah didaftarkan pada Januari 2026, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi jualan bulan Januari sepanjang sejarah penjualan syarikat tersebut. Pencapaian ini mencerminkan penerimaan positif pasaran serta keyakinan pengguna terhadap jenama-jenama di bawah naungan MForce.

Teruskan Bersama Two Wheels!

The post MForce Bike Holdings Buka Pusat Servis Terbesar di Malaysia appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved