
Kota Kinabalu: Sebuah gudang penyimpanan kabel milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Batu 7, Jalan Tuaran, dekat sini terbakar pada 12.50 tengah hari Khamis.
SESB dalam satu kenyataan berkata punca kebakaran itu masih disiasat oleh pihak berwajib.
Kira-kira 64 anggota bomba dari Balai Bomba Kota Kinabalu, Lintas dan Penampang dikerahkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.06 petang.
Siasatan awal mendapati kebakaran itu memusnahkan tiga ekar daripada kawasan seluas 3.7 ekar. Sebuah rumah kosong turut musnah dalam kebakaran itu.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Selvister Yamud berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Beliau menambah, stor penyimpanan transformer, minyak Hyraxoil, mesin feeder pillar dan sebuah bangunan berjaya diselamatkan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
