Kerosakan kabel bawah tanah punca gangguan bekalan elektrik di Labuan

4 Apr 2024 • 1:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) merupakan punca kepada gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan Isnin lepas, kata Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Mohd Yusmanizam bin Mohd Yusof.

Beliau berkata gangguan bermula pada jam 4.22 petang Isnin lalu dan menjejaskan bekalan elektrik ke kawasan Jeti Lama Labuan, Masjid India, Bangunan Alliance Bank, Melati Inn Hotel, Terminal Ferry Roro, Terminal Ferry Labuan, Labuan Liberty Port, kawasan Jalan OKK Abdullah, Pejabat Pos Dataran, Mariner Hotel, Jalan Bunga Anggerik dan Jalan Bunga Dahlia.

“SESB Zon Labuan telah menerima makluman gangguan bekalan pada jam 4.22 petang dan pemeriksaan dilaksanakan oleh pasukan kerja teknikal SESB.

“Kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan yang melibatkan kabel bawah tanah itu memerlukan kepakaran dan kemahiran,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik dibuat secara berperingkat dan serta merta.

“Bekalan elektrik hanya berjaya dipulihkan ke beberapa kawasan manakala masih terdapat beberapa kawasan lagi tidak dapat ditenagakan dan memerlukan kerja pembaikan dilaksanakan terlebih dahulu.

Pada jam 7.02 malam, lokasi kerosakan kabel bawah tanah berjaya dikenal pasti dan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan serta-merta.

“Bagaimanapun, pada jam 4 pagi kerja-kerja terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat,” katanya, menambah bekalan pulih sepenuhnya pada jam 12.02 tengah hari Selasa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.