Gudang ubat PBB musnah akibat serangan

10 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gudang ubat PBB musnah akibat serangan

GENEVA: Sebuah gudang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyimpan bekalan perubatan di bandar Dnipro, Ukraine musnah dalam serangan, kata ketua WHO pada Ahad.

“Gudang kemanusiaan WHO di Dnipro, Ukraine, diserang dan musnah pada Jumaat lalu. Setakat ini, tiada korban dilaporkan,” kata Ketua Pengarah agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus di platform X.

Beliau berkata, seorang kakitangan WHO dan beberapa pemandu berada di lokasi berkenaan lebih awal pada hari itu.

Pasukan tersebut berjaya memindahkan 130 daripada kira-kira 300 palet sebelum meninggalkan kawasan berkenaan sebelum serangan berlaku, ujarnya.

Menurutnya, gudang itu menyimpan bekalan perubatan kemanusiaan yang ditujukan kepada kemudahan kesihatan di barisan hadapan  terutama bekalan kesihatan kecemasan WHO.

WHO merekodkan serangan terhadap kemudahan penjagaan kesihatan di seluruh dunia tetapi, mengikut peraturannya, tidak menentukan pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Ia telah merekodkan 3,148 serangan terhadap penjagaan kesihatan di Ukraine sejak pencerobohan Russia pada 24 Februari 2022, dengan sebahagian besar melibatkan keganasan menggunakan senjata berat.

Daripada jumlah itu, 2,567 serangan menjejaskan kemudahan kesihatan, 71 melibatkan gudang dan 645 melibatkan bekalan perubatan.

Keseluruhan serangan tersebut mengakibatkan 240 kematian dan 1,055 kecederaan. – AFP

 

The post Gudang ubat PBB musnah akibat serangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved