TAWAU: Suasana kamar Mahkamah Tinggi hiba dengan tangisan apabila beberapa daripada 13 pelajar yang diperintah dihukum penjara membuat permohonan maaf kepada Siti Hamidah Jumari, 46, ibu kepada rakan asrama mereka di Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) yang mereka bunuh.
Ia berlaku apabila peguam yang mewakili mereka meminta kebenaran untuk anak guam mereka untuk bercakap tidak lama selepas mereka diperintah oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol supaya menjalani hukuman penjara antara 30 tahun hingga menerima pengampunan daripada Yang Dipertua Negeri (lihat berita berasingan).
Kesemua 13 pelajar itu didapati bersalah membunuh Mohd Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, tahun lalu. Seorang daripada mereka diklasifikasikan sebagai pesalah muda kerana berusia 19 tahun ketika itu, dihukum penjara 30 tahun berkuat kuasa tarikh tangkap pada 22 Mac 2024, serta diperintahkan dikenakan 12 sebatan.
Sementara itu, 12 lagi pesalah kanak-kanak dipenjara sehingga diberi perkenan Tuan Yang Terutama (TYT) di bawah Seksyen 97 (2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kesemua 13 pelajar, berusia antara 16 hingga 19 tahun itu, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh mangsa di KVLD antara jam 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi pada 22 Mac 2024.
Hakim Datuk Duncan Sikodol dalam penghakimannya berkata pesalah muda dalam kes ini berumur 19 tahun ketika kejadian, bersama 12 yang lain disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kerana membunuh rakan mereka.
Oleh itu, pesalah yang berusia 19 tahun itu perlu menghadapi hukuman di bawah Kanun Keseksaan, tidak seperti 12 tertuduh lain yang berumur di bawah 18 tahun (ketika kejadian) dan termaktub di bawah Akta Kanak-Kanak.
Menurut Sikodol, meskipun pihak pendakwaan memohon hukuman mati ke atas tertuduh, namun mahkamah berpandangan dia wajar diberikan peluang kedua untuk membina semula kehidupan menjadi warganegara berguna, atas faktor umurnya yang masih muda.
Sebelum membaca hukumannya, Sikodol menyatakan pemerhatiannya berkenaan kes buli yang sudah lama wujud di sekolah, namun tidak melibatkan kehilangan nyawa dan kini kes meningkat sehingga ada nyawa terkorban.
“Kes ini adalah peringatan yang menyakitkan bahawa buli bukan perkara remeh kerana memusnahkan kehidupan kehidupan, merampas masa depan anak dan menghancurkan harapan ibu bapa.
“Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan harapan pendidikan untuk masa depan lebih baik, namun sebaliknya ada yang pulang ke rumah dengan cedera dan ada yang tidak pernah pulang sama sekali. Ini mesti dihentikan,” tegasnya.
Katanya, tiada anak sepatutnya berasa tidak selamat di sekolah atau asrama dan tiada keluarga yang harus menanggung tragedi seperti itu.
Menurutnya, keputusan yang beliau jatuhkan adalah satu hukuman dan amaran serius bahawa kekejaman sedemikian tidak boleh diterima.
Dalam prosiding yang bermula sekitar 9.25 pagi itu, mahkamah turut mendengar laporan akhlak kesemua 13 tertuduh yang disampaikan satu persatu oleh pegawai akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sekali gus mendedahkan sebahagian besar tertuduh datangnya dari latar belakang keluarga bercerai-berai.
Pasukan pendakwaan kes diketuai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abd Latif, dibantu TPR Ng Juhn Tao dan TPR Batrisyia Mohd Khusri.
Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye, manakala, lima lagi masing-masing diwakili peguam Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P. Kang, Kusni Ambotuwo dan Mohamed Zairi Zainal Abidin.
Terdahulu, lori yang membawa 13 tertuduh tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.30 pagi bagi mendengar keputusan hukuman yang dijadual Khamis selepas mereka didapati bersalah pada 22 Ogos lalu.