TAWAU: Siti Hamidah Jumari, 46, mengakui dia boleh memaafkan 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) yang membunuh anaknya, namun mereka harus bertanggungjawab dan menerima dengan redha akibat perbuatan mereka sendiri.
“Apa yang saya boleh cakap (katakan), saya boleh maafkan tapi mereka kena (perlu) bertanggungjawab atas perbuatan mereka dan menerima hakikat (hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Tawau),” katanya.
Menurutnya, dia hanya mampu mengucap syukur kerana akhirnya kematian anaknya, Mohd Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, terbela menerusi keputusan mahkamah yang memihak kepadanya selepas satu tahun, lima bulan dan lima hari.
Malah, katanya, dia tidak pernah membayangkan kejadian sebegitu boleh menimpa anak yang dikandung dan dijaganya sehingga meningkat remaja.
Katanya, kejadian bunuh dan akibat perbuatan itu adalah pilihan mereka (13 tertuduh) sendiri apabila tidak mendengar rayuan Ijat (panggilan anaknya dalam kalangan pelajar) semasa mereka memukulnya.
“Kalau tidak, kita semua tidak akan berada di sini (menghadiri prosiding mahkamah)… Mungkin mereka masih bersama-sama teruskan persekolahan,” katanya yang ditemui selepas prosiding hukuman 13 pelajar KVLD di Mahkamah Tinggi Tawau, pada Khamis.
Seorang daripada mereka yang merupakan pesalah muda dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 22 Mac 2024 dan dikenakan 12 sebatan, manakala, 12 lagi pesalah kanak-kanak dipenjara sehingga perkenan Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah, mengikut Seksyen 97 (2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.
Siti Hamidah mengakui terpaksa berpindah rumah dan tempat kerja di Lahad Datu selepas insiden tersebut kerana terlalu banyak kenangan dengan arwah yang merupakan anak kedua daripada tiga anaknya.
“Dia anak yang ceria, ringan tulang dan bertanggungjawab… Saya masih ingat dia pernah cakap ‘kalau saya sudah kerja, ibu tidak payah (perlu) kerja biar ibu di rumah (rehat) saja’,”katanya sebak.
Dalam pada itu itu, dia yang hanya tiga kali tidak hadir semasa pendengaran peringkat pembelaan kes tersebut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak, khususnya polis dan pasukan pendakwaan sehingga keadilan buat anaknya terbela.
“Tanpa mereka mungkin tiada keadilan untuk Ijat. Saya sangat berterima kasih kerana mereka sangat banyak membantu dalam kes ini,”katanya.
Berkenaan kejadian buli pula Siti Hamidah menegaskan kes buli kini tidak lagi boleh dipandang remeh kerana perbuatan tersebut tidak sama dengan kes-kes sebelum ini yang dilihat tidak serius sehingga membawa kematian.
Menurutnya ibu bapa perlu peka dengan perkembangan anak-anak di sekolah kerana pada kebiasaannya buli berlaku di sekolah apabila terdedah dengan persekitaran lebih luas apatah lagi jika melibatkan anak-anak yang baharu memasuki asrama dan berdepan situasi kejutan budaya.
Terdahulu Siti Hamidah semasa memberikan kenyataan impak di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol menyayat hati ramai di galeri awam yang turut gagal menahan air mata apabila wanita itu menangis.
Katanya kehilangan seorang anak yang bercita-cita tinggi amat menghancurkan keluarga dan harapan mereka apabila pembuli (tertuduh) merampas kehidupan mangsa daripadanya sebagai ibu yang melahirkan dan membesarkannya.
Menurutnya kejadian itu mengakibatkan trauma mental dan emosi yang sangat dalam serta tekanan psikologi tidak berpenghujung malah adik-beradik Aizat turut mengalami ketakutan dan gangguan emosi yang menyebabkan mereka sukar menjalani kehidupan seperti biasa.
“Sejak kehilangan Aizat hidup kami sekeluarga tidak sama lagi seperti dahulu. Kami yang dahulunya penuh dengan gelak ketawa, gembira, kini menjadi sunyi sepi dan hanya tangisan yang didengar.
“Setiap sudut dalam rumah sentiasa mengingatkan pada Aizat. Saya duduk di ruang tamu terbayang-bayang Aizat tengah duduk tengok (menonton) tv (televisyen), bila saya makan, teringat kelakuannya ketika makan.
“Setiap sudut dalam rumah itu dan barang-barang Aizat sentiasa mengingatkan saya pasal Aizat.
“Lebih sakit lagi sebagai seorang ibu yang melahirkan Aizat saya tidak dapat bayangkan macam mana kesan-kesan buli pada badan kurus Aizat, kesan luka dibibir Aizat masih terbayang-bayang di mata saya bibir yang pernah saya susukan dan suapkan nasi,”katanya dengan tangisan.