Guimaraes meriam baharu Gunners   

Football
10 Aug 2026 • 6:59 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Guimaraes meriam baharu Gunners   

LONDON: Arsenal mendapat suntikan baharu jentera tengah apabila pemain Brazil, Bruno Guimaraes sah menyertai kelab itu dari Newcastle United dengan kontrak jangka panjang.

Pemain berusia 28 tahun itu hadir ke Stadium Emirates dengan reputasi sebagai pemain tengah yang agresif, bertenaga dan memiliki kualiti teknikal tinggi, sekali gus dijangka menjadi aset penting dalam misi skuad kendalian Mikel Arteta memburu trofi.

Guimaraes meninggalkan Newcastle selepas menghabiskan empat setengah musim di St James’ Park dengan hampir 200 penampilan, sebelum memilih Arsenal sebagai destinasi seterusnya ketika berada di kemuncak kariernya.

Bekas pemain Lyon itu menganggap perpindahan tersebut sebagai cabaran baharu yang tepat pada masanya, selain bertekad membantu The Gunners mencipta lebih banyak sejarah.

“Saya sangat teruja. Saya berada pada tahap dalam hidup yang memerlukan cabaran seperti ini.

“Saya mahu memenangi trofi, saya mahu mencipta sejarah dan saya fikir saya berada di tempat yang tepat untuk melakukannya,” katanya.

Guimaraes percaya kemampuannya mengawal permainan, membuat hantaran, bekerja keras serta tidak mudah menyerah mampu memberikan impak segera kepada pasukan London itu.

Malah, dia menyifatkan dirinya sebagai seorang ‘pahlawan’ di atas padang yang sentiasa bersedia berjuang untuk pasukan. – AGENSI/UTUSAN

The post Guimaraes meriam baharu Gunners    appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved