EPL: Guimaraes mahu pahat sejarah bersama Arsenal

FootballSports
10 Aug 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Guimaraes mahu pahat sejarah bersama Arsenal

LONDON – Pemain baharu Arsenal, Bruno Guimaraes menyuarakan hasrat membantu pasukan itu memenangi lebih banyak trofi selepas melengkapkan perpindahan dari Newcastle United dengan nilai £75 juta (RM413.88 juta).

Kehadiran pemain tengah Brazil itu pastinya dapat memperkasakan skuad kendalian Mikel Arteta dalam usaha The Gunners untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimenangi musim lalu.

Guimaraes berkata, dia merasakan sudah tiba masanya untuk mencari cabaran baharu selain menganggap Arsenal merupakan pasukan terbaik bagi membantunya merealisasikan hasrat meraih lebih banyak gelaran.

“Saya sangat gembira dan teruja. Saya sedang berada pada waktu di mana saya memerlukan cabaran seperti ini, iaitu untuk memenangi trofi, jadi saya fikir Arsenal adalah tempat paling sesuai.

“Memang benar saya sudah memiliki pelbagai kejayaan sebelum ini tetapi saya mahukan lebih daripada itu. Saya harap dapat memahat nama dalam lipatan sejarah pasukan ini dengan menjulang trofi,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga menyifatkan dirinya sebagai pahlawan kerana tidak mudah mengaku kalah selain mengakui, memiliki kelebihan ketika membantu pasukan melakukan serangan ke kubu pasukan lawan.

“Saya boleh melakukan hantaran, berlari dan bermain seperti seorang pahlawan. Saya akan cuba membantu pasukan dengan ketenangan yang ada dan kadang-kadang saya boleh melakukan jaringan,” ujar Guimaraes. – AGENSI

The post EPL: Guimaraes mahu pahat sejarah bersama Arsenal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved