Gula-Gula Gummy Kini Dilarang Dijual Di Semua Platform Dalam Talian Dan Pasaran Domestik

22 Feb 2025 • 5:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

KKM turut mendapati produk ini tidak mematuhi keperluan pelabelan ditetapkan

Gula-Gula Gummy Kini Dilarang Dijual Di Semua Platform Dalam Talian Dan Pasaran Domestik. Dilaporkan, gula-gula gummy popular dikalangan ramai yang dipercayai menjadi punca kematian tragis seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual serta-merta di semua platform jualan, termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), siasatan mendapati bahawa produk ini tidak mematuhi keperluan pelabelan yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 (Akta 281).

“Produk ini dilarang dijual di mana-mana platform, dan tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan akan dijalankan,” jelas KKM dalam kenyataan rasmi pada Jumaat.

image is not available
Gula-Gula Gummy Kini Dilarang Dijual Di Semua Platform Dalam Talian Dan Pasaran Domestik. Sumber gambar: The Reporter

Kenapa Produk Ini Berbahaya?

Menurut KKM, peraturan menetapkan bahawa konfeksi jeli dengan saiz dan bentuk diameter kurang atau sama dengan 45mm mesti dilabel dengan amaran: “boleh menyebabkan risiko tercekik” dan “tidak sesuai bagi kanak-kanak di bawah tiga tahun”

Namun, produk gummy ini gagal mematuhi peraturan tersebut, sekaligus meningkatkan risiko tercekik, terutama kepada kanak-kanak kecil.

image is not available

KKM nasihat ibu bapa perlu lebih berhati-hati

KKM turut menasihati ibu bapa agar lebih berwaspada dalam memilih makanan ringan untuk anak-anak mereka. Bahaya tercekik bukan perkara remeh, terutama jika makanan tersebut keras, kenyal, kecil, atau berbentuk bulat kerana mudah tersekat di saluran pernafasan.

Jadi, pastikan anak-anak makan dengan selamat dan elakkan sebarang makanan yang boleh membahayakan nyawa mereka!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved