Gulai ayam disyaki punca 343 individu di sebuah kolej keracunan makanan

LocalFood
10 Jul 2025 • 3:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 343 individu dalam kalangan pelajar kemasukan baru, ahli jawatankuasa dan kakitangan orientasi sebuah kolej mengalami keracunan makanan pada Rabu. Foto hiasan

KOTA BHARU - Gara-gara gulai ayam, seramai 343 individu dalam kalangan pelajar kemasukan baru, ahli jawatankuasa dan kakitangan orientasi sebuah kolej mengalami keracunan makanan pada Rabu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, mangsa menikmati hidangan tersebut semasa makan malam pada hari Selasa.

"Mengikut maklumat yang diperoleh, ia disediakan oleh katerer luar.

"Mereka mengalami gejala sakit perut (97.9 peratus), cirit-birit (82.2 peratus), pening (43.1 peratus), loya (35.8 peratus), muntah (9.6 peratus) dan demam (7.3 peratus)," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurut beliau, organisma yang disyaki adalah Salmonella Spp.

Ujarnya, wabak diisytiharkan pada Rabu jam 3 petang setelah setelah proses verifikasi dilakukan.