Hantaran Amira Othman Curi Tumpuan, Terima Bunga Kedua Daripada ‘Rakan Sekerja’ – “Lain Hari Lain Bunga Katanya..”

EntertainmentLifestyle
18 Jun 2025 • 10:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Amira Othman mengalami tekanan darah rendah dan sakit kepala yang keterlaluan akibat daripada keracunan makanan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Storynya, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman telah berkongsi keadaannya yang kini sedang dirawat di sebuah hospital.

image is not available

Penyanyi itu turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab mana-mana panggilan telefon setakat ini.

Ada masa saya tak boleh tengok phone sebab pening yang sangat dasyat, mungkin sebab darah hari-hari rendah.

 

Saya minta maaf semua kalau saya tak angkat call, sedang berjuang dengan sakit kepala ni. Terima kasih di atas doa yang baik-baik.

image is not available

Dalam pada itu, penyanyi tersebut turut berkongsi satu foto beberapa jambak bunga yang diterima daripada ‘rakan sekerjanya’ iaitu pelakon, Fattah Amin.

Abang Long korang sweet sangat. Lain hari lain bunga katanya.

image is not available

Sebelum ini, Fattah Amin mencuri perhatian netizen apabila dia dilihat melawat Amira yang kini dirawat di hospital akibat keracunan makanan.

Dia turut memuat naik foto Amira bersama sejambak bunga dipercayai daripadanya, dengan lagu latar “Sampai Akhir” nyanyian Judika digunakan dalam hantaran tersebut.

image is not available 1 day ago

"Ni Bukan Teman Sekerja Dah Ni.." - Amira Othman Masuk Hospital, Fattah Amin Doa Cepat Sembuh