Gulf Air kembali ke KL sempena Formula 1, Visit Malaysia 2026

30 Sep 2026 • 3:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gulf Air kembali ke KL sempena Formula 1, Visit Malaysia 2026

SEPANG – Selepas 14 tahun, syarikat penerbangan berpangkalan di Bahrain, Gulf Air kembali menawarkan perkhidmatan antara Kuala Lumpur dan negara itu menerusi penerbangan terus menggunakan pesawat Boeing 787-9 Dreamliner hari ini.

Penawaran perkhidmatan penerbangan tiga kali seminggu itu turut ditawarkan sempena penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 serta Visit Malaysia 2026.

Pengarah Urusan Malaysia Airports (MAHB), Datuk Mohd. Izani Ghani berkata, pihaknya mengalukan kehadiran Gulf Air khususnya menjelang penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 dan ketika Visit Malaysia 2026.

“Dengan jangkaan peningkatan jumlah pelawat antarabangsa, kami bersedia menguruskan jumlah penumpang yang lebih tinggi selain menyediakan pelan operasi di kedua-dua terminal.

“Ini termasuk mengoptimumkan aliran penumpang, bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan dan agensi kerajaan berkaitan, selain memperkukuh sokongan di lapangan terbang bagi memastikan pengalaman ketibaan lancar dan mesra.

“Jadi, MAHB menghargai komitmen Gulf Air terhadap perkhidmatan ditawarkan sepanjang tahun ini dan berharap akan terus mengembangkan kerjasama berkenaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ketiban Gulf Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolla; Duta Malaysia ke Bahrain, Datuk Shazryll Zahiran, Pengerusi Gulf Air, Khalid Husain Taqi dan Ketua Pegawai Eksekutif Gulf Air, Martin Gauss.

Image from: Gulf Air kembali ke KL sempena Formula 1, Visit Malaysia 2026
Gauss (kiri) menyerahkan replika pesawat Gulf Air kepada Mohd Izani pada majlis penerbangan sulung Gulf Air ke Malaysia di KLIA Terminal 1, Sepang hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Pada masa sama, perkhidmatan baharu itu turut mengukuhkan peranan KLIA sebagai pintu masuk antarabangsa utama Malaysia, dengan menyediakan akses lebih mudah kepada pelancong dari Bahrain dan rantau sekitarnya ke Kuala Lumpur serta sambungan penerbangan domestik ke destinasi seperti Langkawi, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Ia dijangka menyokong perjalanan bagi tujuan riadah, perniagaan dan acara, termasuk pelancong yang menghadiri Formula 1 di Sepang selain meluaskan manfaat pelancongan ke destinasi lain di seluruh Malaysia.

Selain itu, ketika ditanya mengenai persediaan MAHB sempena penganjuran Formula 1, Mohd. Izani berkata, pihaknya akan memastikan operasi di KLIA berjalan lancar can mengikut perancangan ditetapkan.

“Kami menyasarkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung sempena tiga hari penganjuran Formula 1 dengan kemuncak dijangka pada hari terakhir.

“Jadi, kami telah menguruskan berkaitan urusan parkir selain menasihatkan pengungjung untuk menggunakan perkhidmatan awam bagi mengelakkan kesesakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Gulf Air kembali ke KL sempena Formula 1, Visit Malaysia 2026 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved