Guna aplikasi navigasi, lima warga China cedera kereta terjunam ke gaung di Machang

2 Jul 2026 • 11:19 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kereta Toyota Prius terjatuh ke dalam gaung di tapak projek pembinaan culvert di KM41 Jalan Kota Bharu–Kuala Krai, Machang.

Lima individu warga China cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terjatuh ke dalam kawasan tapak projek pembinaan culvert di Kilometer 41, Jalan Kota Bharu–Kuala Krai, Machang, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Machang, Supritenden Azuhar bin Md Nor berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.50 malam sebelum pihak polis menerima makluman orang awam kira-kira jam 12.01 tengah malam (02 Julai 2026) berhubung insiden tersebut.

“Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu lelaki warga China berusia 66 tahun bersama empat penumpang lain dalam perjalanan dari Temangan, Machang menuju Tok Bali, Pasir Puteh dengan bantuan aplikasi navigasi.

“Kenderaan berkenaan dipercayai memasuki kawasan tapak pembinaan culvert yang masih belum dibuka kepada umum sebelum terjatuh ke dalam gaung di lokasi berkenaan,” katanya.

Baca juga:

Kesemua mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40 hingga 66 tahun mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Azuhar menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa peka terhadap papan tanda amaran, kon dan penghadang di kawasan pembinaan serta tidak bergantung sepenuhnya kepada aplikasi navigasi, khususnya pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat awal sehingga membolehkan tindakan pantas diambil untuk menyelamatkan mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

The post Guna aplikasi navigasi, lima warga China cedera kereta terjunam ke gaung di Machang appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved