Guna bahasa kebangsaan, Tiz Zaqyah puji sikap orang Borneo – “Malu orang Semenanjung..”

Politics
25 Sep 2023 • 10:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tiz Zaqyah puji sikap orang Borneo

Pelakon Tiz Zaqyah puji sikap orang Borneo yang dikatakan masih mengekalkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian mereka.

Menerusi hantaran di aplikasi X, Tiz berkata dia seronok menetap di Malaysia Timur itu kerana majoriti penduduknya menggunakan bahasa yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa.

Tiz Zaqyah puji sikap orang Borneo

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Zaqyah Abdul Razak itu turut menyatakan bahawa penduduk di Semenanjung sepatutnya berasa malu kerana masih ada segelintir individu yang tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan.

“Seronok duduk borneo ni. Mereka bertutur dalam bahasa yang sama. Tak kisah bangsa.

“Malu orang Semenanjung, masih ada yang buta berbahasa Malaysia. Boo,” tulisnya pada Ahad.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Tiz dan turut memberikan pendapat masing-masing berkenaan penggunaan bahasa kebangsaan yang lemah dalam kalangan penduduk di Semenanjung.

Setuju!

image is not available

Kad pengenalan biru tapi…

image is not available

Kenalkan bahasa Melayu

image is not available

Sama macam Indonesia

image is not available

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir warganeet yang kurang bersetuju mengatakan bahawa negeri-negeri di pantai timur dan utara Malaysia masih memperkasakan penggunaan bahasa Melayu.

Belum pergi pedalaman Sabah

image is not available

Ada je tak boleh cakap Melayu

image is not available

Pantai timur dan utara pun macam ni

image is not available

Difahamkan, pelakon drama bersiri Nur Kasih itu berada di Miri, Sarawak pada hujung minggu lalu untuk mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan.

Sumber: X @TI25AQYAH