Tiz Zaqyah Puji Orang Borneo Tutur Bahasa Kebangsaan Meski Berlainan Bangsa

25 Sep 2023 • 11:34 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Walaupun berlainan bangsa, rakyat Borneo masih kekalkan penggunaan Bahasa Kebangsaan

Tiz Zaqyah Puji Orang Borneo Tutur Bahasa Kebangsaan Meski Berlainan Bangsa. Pelakon terkenal Malaysia, Tiz Zaqyah, baru-baru ini telah memuji penduduk di Borneo kerana sikap mereka yang berbangga menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang, rakyat di Borneo masih mengekalkan sikap yang menyatukan melalui penggunaan Bahasa Malaysia.

image is not available
Tiz Zaqyah Puji Orang Borneo Tutur Bahasa Kebangsaan Meski Berlainan Bangsa

“Seronok duduk Borneo ni. They speak the same language. Tak kisah bangsa” – Tiz Zaqyah

Difahamkan, Tiz pergi Sarawak sejak beberapa hari lalu atas urusan kerja. Kemungkinan pengalaman dan interaksinya dengan penduduk tempatan di sana telah memberinya pandangan yang mendalam tentang betapa eratnya hubungan komuniti di Borneo melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan.

Melalui ciapannya di laman Twitter (X), Tiz menyatakan, “Seronok duduk Borneo ni. They speak the same language. Tak kisah bangsa.” Ujarannya ini memberi gambaran positif mengenai sikap masyarakat di Borneo yang tidak membiarkan perbezaan etnik menghalang komunikasi antara satu sama lain.

image is not available

image is not available

Sebagai tambahan, pelakon berbakat ini juga sedikit kecewa dengan segelintir orang di Semenanjung yang masih kesukaran atau enggan untuk berkomunikasi dengan Bahasa Malaysia dengan fasih. “Malu orang Semenanjung, masih ada yang buta berbahasa Malaysia,” katanya.

Rata-rata warganet yang singgah ke ruangan balas berkata mereka bersetuju dengan pendapat Tiz. Ini menunjukkan betapa pentingnya isu ini dan keperluan untuk meningkatkan kesedaran serta penghormatan terhadap Bahasa Kebangsaan.

image is not available
Tiz Zaqyah Puji Orang Borneo Tutur Bahasa Kebangsaan Meski Berlainan Bangsa

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: