‘Guna Beg Ecoshop’, Netizen Terkejut Lihat Video Orang Sarawak Selamba Tangkap Ular Tedung Di Tepi Jalan Ini

25 Jun 2023 • 11:52 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Video tersebut tular dan mendapat perhatian ramai.

‘Guna Beg Ecoshop’, Netizen Terkejut Lihat Video Orang Sarawak Selamba Tangkap Ular Tedung Di Tepi Jalan Ini. Tular di Twitter baru-baru ini, terdapat sebuah video yang telah dikongsikan di mana ular tedung bersaiz besar ditangkap di tepi jalan oleh dua individu.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila salah seorang individu dalam video itu, seorang lelaki dilihat menangkap ular berkenaan menggunakan tangannya sendiri dan kemudiannya diikuti oleh seorang wanita yang memberi lelaki tersebut beg Ecoshop untuk meletakkan ular tersebut.

image is not available
‘Guna Beg Ecoshop’, Netizen Terkejut Lihat Video Orang Sarawak Selamba Tangkap Ular Tedung Di Tepi Jalan Ini. Gambar tangkap layar dari Twitter @datukjahathensem

Ular tedung bersaiz besar yang mengerikan

Ular tedung bersaiz besar yang amat mengerikan itu ditangkap oleh lelaki berkenaan dengan berani sekali sehingga membuatkan warganet berasa terkejut.

image is not available
Gambar tangkap layar dari Twitter @datukjahathensem

image is not available
Gambar tangkap layar dari Twitter @datukjahathensem

Di ruangan komen, ada yang mengatakan bahawa orang Sarawak ini memang ‘built different‘ dan ada juga yang mengatakan jika mereka berada dalam situasi tersebut pasti mereka akan berasa panik dan akan lari bertempiaran.

Lagi komen netizen di sini:

image is not available
Gambar tangkap layar dari Twitter @datukjahathensem

image is not available
Gambar tangkap layar dari Twitter @datukjahathensem

image is not available
Gambar tangkap layar dari Twitter @datukjahathensem

Video tersebut telah mendapat 430K tontonan dan mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya kagum dengan dua individu tersebut dan terperanjat dengan situasi ngeri itu.

Apapun, jika berhadapan dengan situasi bahaya seperti ini, segera hubungi pihak Bomba dan Penyelamat untuk mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: