Segalanya terbongkar apabila seorang individu menyedari kuota bulanan BUDI95 miliknya digunakan tanpa pengetahuan.
Lebih mencurigakan, pemilik kad pengenalan itu langsung tidak mempunyai akaun TNG eWallet, sedangkan penggunaan kuota berkenaan dikesan menerusi aplikasi tersebut.
Pemilik kad buat laporan polis

Lapor Buletin TV3, selepas mendapati kad pengenalannya dipercayai digunakan individu tidak dikenali untuk membeli minyak, pemilik sebenar tampil membuat laporan polis.
Siasatan kemudian membawa kepada seorang bekas jurutera teknologi maklumat (IT), Aman Rasid yang didakwa menggunakan kad pengenalan milik individu berkenaan sebanyak tiga kali.
Kesalahan pertama berlaku di sebuah stesen minyak di Alor Lintang pada jam 11.33 pagi, 1 Jun lalu.
Dua lagi pembelian dilakukan di sebuah stesen minyak di Kampung Raja, masing-masing pada jam 7.25 malam, 2 Jun dan jam 6.07 petang, 15 Jun lalu.
Mengaku bersalah atas tiga pertuduhan

Aman mengaku bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurliyana Md Zukri.
Dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dihukum di bawah peraturan sama.
Mahkamah mengenakan denda RM6,000 atau enam bulan penjara bagi setiap pertuduhan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM18,000 atau 18 bulan penjara sekiranya gagal dibayar.
Pssttt! Mungkin ada yang anggap penggunaan kad pengenalan orang lain untuk membeli minyak sebagai perkara kecil, tetapi tindakan itu sebenarnya melibatkan hak dan identiti individu lain. Bila kuota bantuan turut terjejas, kesannya bukan lagi sekadar isu pembelian minyak.
Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.






