Guna Imej Islam & Gantung Ayat Al-Quran Tarik Pelanggan Muslim Bukan Jaminan Premis Itu Halal – JAKIM

LocalFood
25 Sep 2026 • 10:44 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Guna Imej Islam & Gantung Ayat Al-Quran Tarik Pelanggan Muslim Bukan Jaminan Premis Itu Halal – JAKIM

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pengiktirafan status halal sesebuah premis merupakan antara perkara penting sekiranya pemilik mahu menjual barangan mereka kepada mereka yang bergelar Muslim.

Namun ada segelintir pemilik premis khususnya pengusaha restoran atau kedai makan dilihat mengaburi mata pelanggan dengan meletakkan elemen berunsurkan Islam antaranya seperti menggunakan ayat al-Quran dan Muslim untuk mempromosikan perniagaan.

Guna Imej Islam & Gantung Ayat al-Quran Bukan Jaminan Premis Halal – JAKIM

Terbaharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius dakwaan bahawa terdapat kedai makan yang menggunakan imej Islam dan ayat al-Quran demi menarik pelanggan Muslim meskipun status halal restoran terbabit diragui.

Tegas Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaime, penggunaan elemen sebegitu bukanlah bukti atau jaminan premis berkenaan telahpun mematuhi keperluan halal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Jelas Sirajudin, berdasarkan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, takrif halal menekan pematuhan secara menyeluruh terhadap hukum syarak.

Ia turut merangkumi bahan, proses kebersihan serta rantaian pengendalian makanan.

“Perenggan 3 Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dengan jelas menyatakan bahawa sesuatu makanan atau barangan yang diperihalkan sebagai halal hendaklah tidak mengandungi atau berasal daripada haiwan yang dilarang atau tidak disembelih mengikut hukum syarak, tidak mengandungi najis, tidak memabukkan, tidak mengandungi bahagian atau hasilan manusia, tidak beracun atau memudaratkan kesihatan serta tidak diproses menggunakan peralatan yang dicemari najis.

“Secara keseluruhannya, takrif halal menekankan pematuhan menyeluruh terhadap hukum syarak merangkumi aspek bahan, proses dan rantaian pengendalian,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Penggunaan Nama Melayu & Tulisan Jawi Tak Boleh Secara Automatik Dianggap Salah Guna Imej Islam

Pun begitu, Sirajuddin menjelaskan penggunaan nama Melayu atau tulisan Jawi pada premis berkenaan tidak boleh secara automatik dianggap menyalahgunakan imej Islam atau dakwaan halal.

Ini kerana jelasnya, elemen terbabit secara asasnya merupakan identiti budaya dan penjenamaan perniagaan selagi tiada sebarang dakwaan palsu atau unsur penipuan status halal.

“Nama Melayu atau istilah tempatan pada asasnya adalah elemen budaya dan identiti perniagaan dan tidak tertakluk kepada larangan selagi tidak menimbulkan unsur penipuan,” katanya.

Tular Premis Muat Naik Video Wanita Muslim Promosi Hidangan Sedangkan Turut Jual Barang Yang Dilarang

Sebelum ini, tular di media sosial perkongsian seorang pengguna yang mempersoal tindakan sebuah restoran yang menggunakan seorang wanita dan lelaki Muslim mempromosi sebuah restoran makanan barat.

Menerusi video tular, kelihatan wanita terbabit yang berpakaian jubah manakala lelaki pula mengenakan songkok mempromosi masakan barat kepada orang ramai.

Dakwa pengguna media sosial itu, restoran tersebut turut menghidang dan menjual hidangan babi seperti yang terkandung dalam menu.

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengkritik malah mengecam perbuatan premis berkenaan serta dua individu Muslim yang mempromosi restoran terbabit.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Asal Viral Je Serbu! Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP Hukum Makan Di Restoran Tiada Logo Halal

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Tegas Jika Peniaga Non-Muslim Salah Guna Simbol Islam, Kata KPDN

Baca Artikel Berkaitan: ‘No Pork No Alchohol’ Tidak Bermakna Ianya Halal – Menteri Agama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved