Tiada sijil halal JAKIM, restoran mi tarik di Kajang disita

LocalFood
25 Sep 2026 • 1:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tiada sijil halal JAKIM, restoran mi tarik di Kajang disita

KAJANG, 25 SEPT: Sebuah restoran mi tarik terkenal di Kajang dikenakan tindakan sitaan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selepas didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

JAKIM memaklumkan pemeriksaan turut menemukan penggunaan representasi berkaitan Islam pada premis berkenaan.

"Susulan pemeriksaan berkenaan, tindakan sitaan telah diambil manakala siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, JAKIM turut menasihatkan masyarakat supaya sentiasa menyemak status pensijilan halal premis dan produk sebelum membuat pembelian atau mendapatkan perkhidmatan.

Menurut jabatan itu, pihak berautoriti akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan perundangan halal.

Sebelum ini, sebuah restoran mi tarik di Kajang tular di media sosial selepas didakwa menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf JAKIM.

Menerusi video tular itu, seorang pengguna TikTok mendakwa terdapat perbezaan antara nama pendaftaran premis di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama yang digunakan menerusi aplikasi tempahan makanan Grab.

Pengguna itu turut membangkitkan beberapa dakwaan berkaitan pengusaha serta pekerja restoran berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved