Guna kad debit, kredit bayar tol di 12 lebuh raya mulai September

16 Jun 2023 • 4:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka yang dijangka bermula September ini akan melibatkan 12 lebuh raya bagi memudahkan proses pembayaran tol untuk pengguna lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata ia membabitkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Selain itu, ia termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

“Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka yang diperkenalkan ini adalah sebagai satu daripada usaha dan inisiatif kerajaan yang komited dalam peralihan ke arah pelaksanaan sistem kutipan tol secara Multi-Lane Fast Flow (MLFF) yang dijangka dapat direalisasikan secara berperingkat menjelang akhir 2024,” katanya pada Majlis Perasmian pembukaan Fasa dua Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Plaza Tol Alam Damai, di sini hari ini.

Menurutnya, sistem pembayaran terbuka itu bagi membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit untuk memudahkan dan melancarkan laluan di plaza tol.

Beliau berkata semua plaza tol di Lebuhraya SUKE juga telah direka bentuk dengan mengambil kira pelaksanaan MLFF.

Ketika ditanya sama ada sistem tersebut akan dilaksanakan di semua lorong tol, Nanta berkata ia akan dilaksanakan secara berperingkat di semua plaza tol mengikut kesesuaian.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved