Trafik pun lancar! Bayar tol pakai kad kredit atau debit mulai September, ini wanita perlu tahu

16 Jun 2023 • 10:12 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BERITA baik buat orang ramai, sistem pembayaran tol terbuka (open payment system) di 12 lebuh raya dijangka akan bermula September ini.

Wah! Bagus kan? Tak perlu lagi bersusah payah beratur panjang untuk tambah nilai Touch ‘n Go lagi terutamanya pada cuti umum.

image is not available

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berikut infonya;

1. Sistem itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam peralihan ke arah perlaksanaan sistem kutipan tol secara ‘Multi-Lane Fast Flow’ (MLFF) yang yang akan dilaksanakan secara berperingkat menjelang akhir 2024.

2. Perbincangan pihaknya dengan pemilik konsesi lebuh raya telah bermula. Kebanyakannya juga bersetuju untuk mengimplementasikan sistem itu di plaza tol.

3. Melalui sistem itu, pengguna tidak lagi bergantung pada Touch ‘n Go kerana kaedah pembayaran akan dipelbagaikan.

image is not available

 

4. Oleh sebab itu, orang ramai boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk pembayaran.

5. Pihaknya berharap dengan adanya sistem pembayaran tol secara pembayaran terbuka ini, laluan trafik lebih lancar terutamanya pada kawasan kutipan tol.

Menurutnya, persetujuan ini melibatkan 12 lebuh raya iaitu;

  1. Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  2. Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE)
  3. Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya)
  4. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
  5. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  6. Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE)
  7. Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP)
  8. Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
  9. Lebuh Raya Shah Alam (Kesas)
  10. Terowong SMART
  11. Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
  12. Lebuh Raya Duta – Ulu Klang (Duke)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!