
Ada masa dan tempat untuk mempromosikan barang
Guna Kematian Rakan Untuk Promosikan Pakej Insurans, Netizen ‘Turn Off’ Dengan Taktik Jualan Individu Ini. Dalam dunia ejen insurans, ia sememangnya satu pekerjaan yang mencabar kerana anda kebanyakannya bergantung kepada komisen untuk mengekalkan diri anda dan persaingan ketat yang perlu anda hadapi.
Walau bagaimanapun, ada masa dan tempat untuk mempromosikan sesuatu. Sungguhpun begitu, promosi insurans tone-deaf individu dari Singapura ini selepas mengumumkan kematian rakannya membuat ramai netizen turn off – yang menganggapnya tidak sensitif dengan keadaan semasa.

“Saya harap mendiang pernah membeli insurans hayat yang mencukupi untuk menampung keluarganya pada masa yang sukar ini,”
Siaran tidak sensitif itu baru-baru ini dikongsi menerusi sebuah screenshot di Reddit pada subreddit r/Singapore. Dalam perkongsian tersebut, seorang individu menulis di Facebook mengumumkan kematian rakannya.
Katanya dalam perkongsian tersebut, “Hari ini adalah hari yang menyedihkan untuk saya kerana saya baru dapat berita bahawa rakan saya telah meninggal dunia akibat kanser. Mendiang meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan. Saya berharap mendiang pernah membeli insurans hayat yang mencukupi untuk menampung keluarganya pada masa yang sukar ini. Saya akan memastikan rakan-rakan, ahli keluarga dan orang tersayang dapat membelinya. Jangan teragak-agak untuk menghubungi saya bagi perancangan kewangan untuk anda dan keluarga anda agar mereka diberi perlindungan secukupnya.”

“Ejen insuran paling tidak terdesak,” – netizen
Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut turn off dengan taktik jualan individu tersebut yang keterlaluan. Ya lah, takkan nak guna kematian rakan sendiri sebagai modal untuk jual pakej insurans pula!



Difahamkan, pengguna yang berkongsi screenshot tersebut di Reddit mengulas bahawa dia telah menegur individu berkenaan dan perkongsian individu terbabit telah dipadamkan.

Ada masa dan tempat sesuai jika anda ingin mempromosikan sesuatu. Sila peka dengan keadaan semasa sebelum membuat keputusan untuk berbuat demikian.



