Guna khidmat tunda kereta lalui jalan banjir

LocalEnvironment
10 Mar 2025 • 1:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jinius Pandikin

BEAUFORT: Perkhidmatan menunda kenderaan mendapat permintaan ramai berikutan jalan raya dinaiki banjir dari Kg Bukau ke Ai Zen (batu 5) pada Sabtu.

Seorang pengguna dari Sipitang berkata, dengan jalan dinaiki air sedalam kira-kira 3 – 4 kaki ianya amat berisiko kepada kenderaan ringan melalui tempat itu.

“Selain khuatir kenderaan termasuk ke dalam parit, kami juga bimbang tiba-tiba kereta mati di tengah jalan yang boleh menambah kerosakan pada kereta, katanya, dan menambah, mereka menggunakan perkhidmatan menunda untuk memudahkan melintas laluan yang ditenggelami air.

Menurutnya, pengguna dikenakan bayaran sebanyak RM50 sekali jalan untuk sebuah kereta ke tempat selamat, membolehkan mreka meneruskan perjalanan ke arah Kota Kinabalu atau Sipitang.

Dimaklumkan, perkhidmatan menunda kenderaan pada hari itu berlarutan hingga ke malam.

Bagaimanapun, laluan itu masih boleh dilalui pacuan empat roda atau kenderaan berat.

Sementara itu di Sipitang, jambatan konkrit sungai Meligan di ditenggelami oleh banjir pada hari sama bermula awal pagi.

Menurut Markus Buas, pengguna terpaksa menunggu berjam-jam untuk surut sehingga jambatan selamat dilalui.

“Ini adalah senario yang kerap berlaku di jambatan konkrit ini semasa hujan melambatkan perjalanan sama ada menuju ke Kampung Long Pasia atau pekan Sipitang,” Markus.