Rampasan lebih RM21 juta di Keningau membabitkan rokok seludup dan tujuh kenderaan pelbagai jenama

LocalPolitics
3 Mar 2025 • 9:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Polis merampas sejumlah 871 kotak rokok seludup bernilai kira-kira RM21,188,688 serta tujuh kenderaan pelbagai jenama dalam serbuan Ops Taring Daratan yang dijalankan oleh PGA BN21.

Serbuan dilakukan di sebuah gudang tidak berdaftar di Jalan Patikang Ulu, di sini, pada 28 Februari jam 10.30 pagi.

AdvertisementKetua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata seramai 23 anggota polis, termasuk tiga pegawai kanan, menyerbu lokasi it dan menahan seorang suspek lelaki berusia 62 tahun yang dipercayai penjaga gudang terbabit.

Berdasarkan maklumat suspek, polis kemudian menyerbu sebuah ladang kelapa sawit tidak berdaftar di Jalan Mongitom Bunga Raya Kikiran, di sini, yang dijadikan tempat penyimpanan pelbagai jenis rokok yang dipercayai tidak bercukai. Antara kenderaan yang dirampas.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Tujuh lelaki Indonesia berusia antara 19 hingga 37 tahun, yang bekerja sebagai pembantu kedai dan pengedar rokok seludup, juga ditahan.

Semua tahanan serta barang rampasan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau untuk siasatan lanjut.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Siasatan awal mendapati semua suspek mengaku penglibatan mereka dan terlibat penyeludupan rokok selama kira-kira lima bulan, bermula sejak awal Oktober 2024,” kata Yampil.

Katannya, kesemua suspek adalah pekerja yang bertanggungjawab mengedarkan rokok seludup di bawah arahan seorang lelaki Cina yang dikenali dengan nama samaran “Meng”.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Siasatan lanjut mendapati gudang terbabit dijadikan sebagai transit sebelum rokok seludup dipindahkan ke ladang sawit untuk penyimpanan sementara sebelum diedarkan ke pasaran sekitar Keningau.

“Soal siasat awal terhadap suspek mendapati mereka dibayar gaji harian sebanyak RM50 dan bekerja dari jam 9 pagi hingga 7 petang setiap hari,” katanya.

Sementara itu, pada hari sama jam 5.30 petang, satu lagi serbuan berkaitan risikan barang seludup dilakukan di sebuah premis yang terletak di 83-B3, Jalan Apin-Apin, di sini.

Hasil pemeriksaan ke atas sebuah bilik di rumah tersebut, pihak polis menemui pelbagai jenis minuman keras yang disyaki tidak bercukai.

Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun ditahan, dan pihak berkuasa merampas Carlsberg Danish Pilsner (250 karton), Sirene (30 karton), dan Roku Jin (12 botol) bernilai RM87,801.21.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Keningau untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku sebagai seorang ‘runner’ yang terlibat dalam pengedaran minuman keras haram selama kira-kira tiga bulan.

Suspek bekerja di bawah arahan seorang lelaki Cina yang hanya dikenali sebagai “Ah Hao” dan bertanggungjawab menghantar minuman keras seludup, yang disimpan di lokasi tersebut sebelum dijual secara borong di kawasan Keningau.

Siasatan lanjut mendapati rumah yang digunakan untuk penyimpanan itu dimiliki oleh seorang lelaki Cina dan tidak berdaftar atas nama suspek yang ditahan. Minuman keras seludup tersebut disimpan di rumah itu berdasarkan perjanjian sewa dengan “Ah Hao.”

Suspek dibayar gaji harian sebanyak RM60 dan bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 7 petang setiap hari. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.