
Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, kita sepatutnya mengambil berat isu keselamatan kenderaan sendiri dan peka dengan pengguna jalanraya lain. Lebih-lebih lagi ketika melalui laluan yang mempunyai tol.
Umum sedia maklum, motosikal tidak dikenakan sebarang tol. Namun, sesuatu yang aneh telah berlaku dan menjadi bualan netizen apabila sebuah motosikal melalui lorong SmartTag dan menganggu pemandu kereta yang melaluinya. Korang boleh tengok video yang dikongsikan oleh @jnmalaysia ini.
Caption by ekming sediri
Kalu aku gostang dah kete. G lorong sebelah. Dop au menda nok. Nie bukang laluang motor boh. Nok lalu, ejah bayor sediri or. Dop pasal² kes mung , aku keno tap 2x.Video Via Affendy Waterich pic.twitter.com/iBYSYyra96
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) December 24, 2022
Motosikal tak kena bayar tol
Entah apa lah yang difikirkan oleh penunggang motosikal tu. Min pun tak pasti apa yang dia cuba lakukan dengan lalu dengan lorong SmartTag tu. Semua orang yang bawa motosikal sudah sedia maklum bahawa motosikal tak perlu bayar tol.

Betul, dah silap tu minta maaf. Kalau takut nak keluar guna laluan motosikal, ikut keluar sama-sama. Ini dah tak pasal-pasal kereta tu kena bayar tol dua kali.

Mungkin tindakan ni boleh dibuat. Kadang-kadang kita nak cepat tapi kena layan perangai macam ni memang buat rasa nak marah.

Kalau min ada banyak masa, min pun akan duduk lepak dalam kereta. Tarik handbrake sambil tengok gelagat dia.

Min pun perasan gak driver kereta tu tunggu je dalam kereta. Mungkin ada banyak masa untuk layan perangai aneh penunggang motosikal tu. Tapi itulah, geram pula tengok penunggang motosikal tu lepas macam tu je.
Baca: Nak Lapor Diri Masuk Tentera, Kawan Dari Kecil Sanggup Kejar Naik Moto Untuk Jumpa Kali Terakhir
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

