Guna Nama ‘Aminah Mahmood’, Juri Terkejut Tengku Ampuan Pahang Rupanya Juara Pertandingan Hidangan Acar Buah

Entertainment
18 May 2025 • 11:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bahawa Tengku Ampuan Pahang iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya gemar memasak dan berkongsi resepi.

Juri sebuah pertandingan masakan di Pahang baru-baru ini terkejut apabila pemenang Pertandingan Masakan Acar Buah yang dianjurkan Kanival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang merupakan Tunku Azizah.

image is not available

Menurut perkongsian di Facebook Kesultanan Pahang, juri pertandingan hidangan acar buah itu tidak menyangka bahawa salah satu daripada 11 hidangan yang dinilainya itu merupakan air tangan Tengku Ampuan Pahang kerana baginda telah menggunakan nama samaran ‘Aminah Mahmood’.

image is not available

Ini kerana peserta-peserta pertandingan hidangan itu diberi syarat yang sama iaitu menyediakan hidangan acar buah yang siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.

image is not available

Juri pertandingan tersebut ialah Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat, 74 tahun iaitu bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

image is not available

Beliau mempunyai pengalaman 39 tahun dalam perjurian pertandingan masakan.

Menurut beliau, pasukan juri termasuklah beliau memilih acar buah Aminah Mahmoof kerana ia bukan sahaja enak malah mempunyai kombinasi buah-buahan dan rempah ratus yang sempurna dan tidak berminyak.

Kuahnya pula bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus yang lengkap dengan semua bahan.

Beliau selaku juri terkesima apabila mengetahui peserta yang memenangi tempat pertama pertandingan itu ialah sebenarnya Tengku Ampuan Pahang.

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.