
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kebersihan merupakan aspek penting yang perlu diamalkan oleh setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian.
Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini lebih-lebih lagi yang boleh memberi kesan kepada kesihatan individu.
Namun entah mengapa, ada segelintir yang dilihat mengabai dan mengendahkan aspek kebersihan dan sanggup hidup dalam keadaan yang kotor.
Malah, perbuatan ini juga dilihat sebagai mementingkan diri dek kerana tindakan mereka yang turut memberi kesan kepada orang lain.
Pemilik Homestay Kecewa, Tetamu Kotorkan Homestay Selepas Daftar Keluar
Hari ini (30 September), tular di media sosial luahan seorang pemilik homestay di Cameron Highlands, Pahang mengenai inap desa miliknya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh wanita berkenaan di Threads @ekinyayang, dia berkongsikan keadaan terkini homestay miliknya setelah disewa oleh penyewa.
Apa yang menjadi perhatian adalah keadaan homestay tersebut yang berada dalam keadaan kotor dan tidak terurus.
Singki Tersumbat Kerana Sampah, Tetamu Guna Sarung Bantal & Selimut Untuk Lap Dappur
Melalui perkongsian berkenaan, pemilik homestay yang dikenali sebagai Ekin itu berkongsi beberapa imej yang memaparkan keadaan inap desa miliknya yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands.
Dapat dilihat keadaan air dalam singki yang bertakung gara-gara sampah seperti plastik dan sisa buah strawberi berada dalam singki berkenaan.

Bukan itu sahaja, terdapat kesan kotoran pada lantai dapur. Malah dakwa Ekin, sarung bantal dan selimut yang disediakan olehnya turut dijadikan sebagai kain untuk lap dapur.
Malah, pinggan mangkuk yang kotor juga dibiar dan diletakkan di atas meja makan.


Tak Ambil Deposit, Pertama Kali Berhadapan Dengan Tetamu Sebegini
Dakwa Ekin di ruangan komen, silapnya sendiri kerana terlalu percaya dan tidak mengambil deposit daripada tetamu berkenaan.
Malah dakwanya lagi, ini merupakan pertama kali dia berhadapan dengan sikap tetamu yang pengotor sebegitu.
Jelasnya, dia ada bertanyakan hal tersebut kepada penyewa berkenaan namun mereka tidak mengakui telah mengotorkan homestay tersebut.
Difahamkan, penyewa dan keluarganya telah menyewa homestay Ekin selama tiga hari dua malam.
“Kisah sedih. Guest tinggalkan homestay macam ni. Adoi,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ramai Geram Lihat Sikap Pengotor Penyewa, Biarkan Rumah Homestay Dalam Keadaan Kotor
Perkongsian yang telah mendapat lebih 38,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang geram dan marah melihat keadaan homestay yang dtinggalkan oleh penyewa terbabit.
Malah ada yang meluahkan rasa hairan bagaimana seorang manusia boleh berkelakuan dan hidup dalam keadaan sedemikian rupa.
Bukan itu sahaja, ada yang menasihati Ekin agar mengambil deposit pada masa akan datang untuk mengelakkan kejadian serupa berulang.
Namun, sekiranya ia masih berlaku, dia berhak untuk tidak memulangkan deposit bagi mengelakkan kerugian.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Penyewa Ni Duduk Berapa Hari? Power Betul Macam Rumah Tinggal Jadinya”

“Awak Sewakan Homestay Dekat Monyet Ke?”

“Kami Pun Pernah Kena, Tinggal Rumah Dalam Keadaan Lampu & Kipas Tak Bertutup & Bersepah. Menyesal Bagi Sewa”

“Kenapa Tergamak Buat Macam Ni? Saya Pun Selalu Tidur Homestay Atau Hotel Tapi Tak De Lah Kotor Macam Ni”

“Aduh Perangai, Potong Je Deposit Mereka, Kalau Saya Stay Homestay, Wajib Kemas”

Baca Artikel Berkaitan: “Beras Bagi Biasa Je?” – Pemilik Kecewa, Pelanggan Homestay Complaint Barang Dapur Percuma Yang Disediakannya
Baca Artikel Berkaitan: Kisah Tetamu Minta Tuala Homestay Yang Kotor Selepas Deposit Ditolak Cetus Perdebatan Ramai
Source:
