Guna Semasa Exam, Pelajar Dari Universiti Ini Tular Guna Topi ‘Anti Menipu’

22 Oct 2022 • 3:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Siap ada yang cosplay lagi tu!

Guna Semasa Exam, Pelajar Dari Universiti Ini Tular Guna Topi ‘Anti Menipu’. Sejujurnya, tiada cara yang terbukti berkesan untuk mengelakkan penipuan dalam peperiksaan – atau adakah ada?

Bagi kumpulan pelajar di sebuah universiti di Filipina ini, mereka tampil dengan penyelesaian untuk mengelak penipuan semasa peperiksaan dan penyelesaian tersebut menarik perhatian netizen!

image is not available
Guna Semasa Exam, Pelajar Dari Universiti Ini Tular Guna Topi ‘Anti Menipu’

Professor universiti meminta pelajar untuk mencipta topi ‘anti menipu’

Penggunaan topi ‘anti meniru’ semasa peperiksaan itu dilaporkan diminta oleh professor universiti tersebut. Difahamkan, para pelajar terbabit merupakan pelajar dalam Fakulti Kejuruteraan di Universiti Bicol, Filipina.

Mary Joy Mandane-Ortiz, seorang professor dari universiti berkenaan, berkata beliau mengambil inspirasi untuk meminta pelajar-pelajarnya berbuat sedemikian apabila melihat salah satu universiti di Thailand menyuruh pelajar mereka menggunakan topi ‘anti meniru’ pada tahun 2013.

image is not available
Sumber: Facebook

Menurutnya, topi-topi yang digunakan para pelajarnya hasil ciptaan mereka sendiri dan tujuan topi tersebut adalah untuk mengelak mereka meniru semasa peperiksaan. Beliau juga berharap dengan menggalakkan kreativiti ini, ia mampu mengurangkan tekanan pelajarnya dalam menghadapi musim peperiksaan.

Gambar-gambar para pelajar terbabit menggunakan topi ‘anti meniru’ itu dimuat naik oleh Mary Joy di Facebook dan menarik perhatian netizen.

Ada yang cosplay jadi Anya, Luffy dan Pochita dari Chainsaw Man juga!

Rata-rata netizen terhibur melihat kreativiti pelajar-pelajar tersebut, sehingga ada yang siap ‘cosplay’ jadi watak-watak anime dan filem popular.

Terdapat juga antara mereka mencipta topi yang siap ada gambar meme dan jenama makanan segera terkenal di Filipina iaitu Jollibee.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan topi-topi berkenaan terdiri daripada bahan terbuang, seperti kotak makanan, kertas dan paper bag – namun hasilnya tetap rupa 5 Star!

Antaranya seperti:

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

Amboi, kalau min diminta buat topi macam ni masa exam zaman study dulu, semangat min turun dewan peperiksaan! image is not available

Lagi di sini: