Guna Sofa Harga Ratusan Ribu, Peminat Kagum Lihat Hiasan Syarikat Baru Jennie BLACKPINK

2 Feb 2024 • 10:14 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Jennie BLACKPINK telah membuat peminat terpegun selepas gambar pejabat barunya dikongsi di atas talian.

Pada 1 Februari, beberapa foto telah dikongsi di mana ianya menunjukkan bahawa Jennie secara sahnya telah membuka pejabat baru buat agensinya sendiri.

Mengikut personaliti Jennie, tidak hairanlah tetamu yang berkunjung di majlis pembukaan tersebut dijamu dengan jamuan makanan dan manisan yang comel.

Meskipun begitu, apa yang menarik perhatian ramai peminat serta netizen ialah hiasan pejabatnya yang cantik sekaligus berpegang kepada imej asal ODDATELIER yang anggun dan minimalis.

Dalam masa yang sama, netizen turut mendapati bahawa sofa yang diggunakan di lobi pejabat ahli BLACKPINK itu mencecah harga melebihi RM146 ribu.

image is not available

Selepas foto-foto itu dikongsi oleh teman rapat Jennie di media sosial, ramai telah memuji cita rasa ahli BLACKPINK tersebut yang jelas terpancar di hiasan pejabatnya.

Malah, Jennie juga sentiasa melakukan segala perkara dengan sempurna dari hiasan pejabatnya yang cantik sehingga layanan kepada tetamunya yang terbaik.

Macam mana nak mohon kerja dekat pejabat Jennie ya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.