Sehingga Mengganggu Trafik, Poster Jennie BLACKPINK Di Shanghai Diturunkan Kerana Terlalu Popular

Entertainment
1 Feb 2024 • 9:49 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Jennie BLACKPINK sekali lagi telah menunjukkan pengaruhnya selepas poster yang mengandungi gambarnya terpaksa diturunkan kerana terlalu popular.

Baru-baru ini, satu gambar yang menunjukkan poster ahli BLACKPINK tersebut di Shanghai, Cina telah dikongsi. Di mana, ianya sekali lagi telah menjadi lokasi hangat dalam kalangan peminat untuk bergambar.

Secara khususnya, video yang dimuat naik di Weibo itu menunjukkan situasi di mana orang ramai beratur panjang di tepi jalan hanya demi untuk menangkap gambar bersama poster tersebut.

Namun, tak lama selepas poster itu menjadi tarikan, salah seorang pengunjung yang pergi ke lokasi tersebut telah berkongsi bahawa poster Jennie tersebut telah pun diturunkan oleh pihak berkuasa.

Selepas hantaran itu dibuat, rata-rata netizen percaya bahawa ianya diturunkan kerana terlalu popular, menyebabkan orang ramai berkumpul dan beratur panjang di tepi jalan sehingga menyebabkan kesesakan trafik.

Peminat juga turut meluahkan rasa kagum mereka dengan pengaruh Jennie yang tiada tandingan meskipun berada di Cina.

Walaupun dengan hanya poster kecil, Jennie telah berjaya menjadi tarikan ramai sehingga ianya perlu diturunkan sekaligus membuktikan sebab mengapa ahli BLACKPINK tersebut menjadi pilihan pelbagai jenama besar.

Hebat kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.