Guna Tumbuhan, Orang Utan Sumatera Rawat Luka Pada Muka Sendiri

Entertainment
5 May 2024 • 10:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seekor orang utan jantan Sumatera di Indonesia yang dinamakan Rakus baru-baru ini telah menjadi sorotan orang ramai termasuklah media-media antarabangsa kerana menurut saintis, orang utan tersebut telah merawat sendiri luka pada mukanya.

Memetik laporan BBC, orang utan tersebut telah merawat sendiri lukanya dengan menggunakan daun tumbuhan Akar Kuning.

Orang utan itu pada mulanya mengunyah daun tumbuhan itu terlebih dahulu sebelum dia menyapu pes daun tersebut berulang kali pada luka di wajahnya.

Difahamkan, daun tumbuhan terbabit sememangnya sering kali digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti malaria, disentri dan diabetes secara tradisional.

Untuk pengetahuan semua, tingkah laku orang utan itu telah dirakam oleh saintis dan penyelidik. Difahamkan juga, selepas sebulan, ia menyapu pes daun tumbuhan itu pada lukanya, penyelidik mendapati luka tersebut telah sembuh sepenuhnya.

image is not available

Anda boleh tonton video BBC ini sehingga habis untuk faham dengan lebih lanjut tentang tingkah laku pintar orang utan ini.

Sumber: BBC

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.