Guna Unifi TV tapi tak boleh tonton Piala Dunia di RTM? Ini cara mudah, percuma dan halal

Digital
24 Nov 2022 • 6:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kemelut jawatan Perdana Menteri ke-10 Malaysia telah selesai selepas Datuk Seri Anwari Ibrahim, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kini rakyat Malaysia boleh menumpukan perhatian kepada perkara seterusnya, Piala Dunia Qatar 2022.

Untuk kebanyakan orang ramai yang tidak melanggan Astro atau Sooka, siaran langsung perlawanan Piala Dunia sebenarnya boleh ditonton di saluran RTM terpilih. Tetapi tidak semua disiarkan, hanya 27 perlawanan boleh disaksikan secara langsung dan 13 lagi perlawanan tertunda.

image is not available

Bagaimanapun, pengguna Unifi TV dilaporkan ada masalah untuk menonton perlawanan Piala Dunia akibat siaran tersebut disekat kerana Unifi TV tiada hak penyiaran.

Tetapi ada cara mudah untuk anda menonton jika anda menggunakan Unifi Plus Box. Disebabkan ia sebenarnya kotak media Android, anda boleh memuat turun aplikasi RTMKlik dan menontonnya terus.

image is not available
RALAT: RTM hanya menyiarkan 41 perlawanan, bukan semua 64 perlawanan

Caranya mudah sahaja, buka gedung Google Play dan cari RTMKlik. Tekan install untuk dimuat turun dan dipasang. Selepas selesai, lancarkan aplikasi dan buka saluran yang menayangkan perlawanan Piala Dunia secara langsung pada masanya.

Terdapat tiga saluran RTM yang akan menyiarkannya iaitu TV2, TV Okey dan RTM Sukan. Semak jadual perlawanan yang disiarkan RTM di sini.

image is not available

Langkah ini turut boleh digunakan di kotak media Android yang lain, asalkan anda boleh muat turun aplikasi dari Google Playstore. Selain itu, anda juga boleh memasang aplikasi RTMKlik di telefon pintar dan tablet Android atau iOS, dengan muat turun di Apple Appstore, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Anda juga boleh menonton RTMKlik di komputer menerusi pelayar di lamanweb https://rtmklik.rtm.gov.my/

[Sumber: Unifi]

Bacaan Berkaitan