“Pentingnya memanusiakan manusia” – [VIDEO] Polis Ajak Banduan ‘Layan’ Piala Dunia

Entertainment
24 Nov 2022 • 5:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Piala Dunia merupakan acara besar yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di seluruh pelusuk dunia. Pertandingan yang diadakan di Qatar tahun ini disambut meriah oleh orang ramai termasuklah di Malaysia.

Tidak dapat dinafikan, acara suka sebegini boleh mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat dan terbaru sebuah video di media sosial TikTok memaparkan anggota polis menyaksikan perlawanan bola sepak itu bersama tahanan melalui sebuah laptop.

Menurut liputan6, video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @gust14r itu diambil di sebuah penjara di Indonesia, ia memaparkan beberapa tahanan sedang menonton perlawanan bola sepak melalui tirai besi.

Komputer riba yang diletakkan di atas kerusi itu sengaja dihalakan ke arah banduan yang berada di balik tirai besi agar mereka dapat menyaksikan kemeriahan perlawanan Piala Dunia 2022.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh anggota polis itu sendiri dengan kapsyen ‘pentingnya memanusiakan manusia’. Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat lebih 6 juta serta hampir 8k komen dan rata-rata memuji tindakan pegawai polis itu.

image is not available

Terharu pulak min tengok video ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.