“Guna Watak Kartun Tapi…” – Dakwa Selamat Untuk Kanak-Kanak, Rupanya ‘YT Kids’ Pun Ada Video Tak Senonoh

Entertainment
30 Jan 2023 • 4:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pada zaman yang serba canggih dengan teknologi dan media sosial sekarang ini, tidak hairanlah ramai ibu bapa yang risau dengan kandungan yang ditonton anak mereka.

Sebab itulah jugalah, wujudnya pelbagai jenis aplikasi atau kandungan di media sosial mesra kanak-kanak yang boleh dipantau oleh ibu bapa sendiri.

image is not available 5 bulan lalu

"Ada Unsur Ganas Melampau" - Ini Senarai Rancangan Kartun Tak Sesuai Untuk Anak, Ibu Bapa Kena 'Alert'!

Namun, pendedahan seorang wanita baru-baru ini tentang kandungan daripada aplikasi popular mengejutkan dan merisaukan ramai.

Wan Nur Syakira sering membicarakan tentang hal parenting dan telah mendedahkan bahawa aplikasi Youtube Kids yang terkenal itu rupanya turut mempunyai kandungan tidak elok untuk kanak-kanak.

Ni antara video dalam Youtube Kids yang guna watak kartun tapi konten mengarut untuk kanak-kanak.”

 

Katanya, meskipun boleh tapis dan kawal kandungan yang ditonton oleh anak namun ibu tersebut masih terjumpa video mengarut seperti itu.

Jelas Syakira, kandungan itu didapatinya daripada ‘western parent’ di Facebook dan tidak dapat dipastikan sama ada konten sebegitu juga ada di Youtube Kids di negara kita.

Ramai netizen terkejut dengan perkongsian tersebut dan risau dengan pengaruh kandungan sebegitu terhadap kanak-kanak.

Selain itu, ada yang mencadangkan agar ibu bapa mula perkenalkan anak dengan aplikasi lokal yang selamat untuk kanak-kanak.

Sementara itu, seorang lelaki yang bekerja dengan syarikat Youtube turut menerangkan dengan lebih lanjut tentang bagaimana Youtube Kids berfungsi.