
Seperti yang ramai tahu, mainan viral yang berasal dari negara jiran, Indonesia kini sudah semakin tular di Malaysia. Namun, permainan ini harus dipantau oleh ibu bapa.
Baru-baru ini, telah tular sebuah hantaran di Facebook menegenai seorang doktor yang berkongsikan kisahnya apabila dia didatangi seorang pesakit di kliniknya yang mengalami bengkak di hidung akibat bermain lato-lato.
Keelakangan ni selalu nampak video permainan yang dipanggil lato-lato ni. Awalnya nampak video kebanyakan dari…
Posted by Kamarul Ariffin Nor Sadan on Thursday, January 26, 2023
Menerusi hantaran tersebut, doktor yang dikenali sebagai Dr. Kamarul itu berkongsikan kisah mengenai seorang kanak-kanak yang datang ke kliniknya dalam keadaan hidung yang bengkak dan lebam.
Semasa memberikan rawatan, pesakit itu menyatakan bahawa insiden tersebut berlaku apabila dia sedang bermain lato-lato dan pemberat berkenaan terkena batang hidungnya.
Susulan kejadian itu, Dr. Kamarul sempat meninggalkan pesanan buat ibu bapa dan kanak-kanak diluar sana yang mahu mencuba permainan tersebut dan antaranya adalah;
- Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka
- Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang.
- Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain.
- Berhati-hati dengan tali lato-lato agar tidak sampai terjerut.
Apa itu lato-lato?

Mungkin ada segelintir pihak yang masih tidak tahu permainan lato-lato ini. Lato-lato ini adalah sebuah permainan yang berasal dari Indonesia.
Permainan yang mempunyai dua (ladung) pemberat itu diikat dengan tali. Cara bermainnya pula melibatkan pemain menghayun kedua-dua pemberat tersebut agar ia bertembung antara satu sama lain di bawah dan atas tangan pemain.
Bukan itu sahaja, berdasarkan portal ada kes yang melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang tercedera di bahagian mata disebabkan terkena pemberat mainan tersebut.
Harap ibu bapa dapat memantau anak-anak anda kalau main lato-lato ni…
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

