Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

5 Nov 2024 • 3:04 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.

myBarber merupakan aplikasi inovatif yang memudahkan tempahan perkhidmatan penjagaan rambut yang direka untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat temu janji untuk perkhidmatan barber di rumah atau di kedai.

Dilancarkan secara rasmi dalam versi beta terbukanya di acara SneakerLAH di MITEC, Kuala Lumpur baru-baru ini, aplikasi myBarber merapatkan jurang antara pelanggan dan barber terbaik, menawarkan kemudahan, kecekapan, dan kualiti yang dapat diakses bila-bila masa.

Memetik kata-kata pengasasnya, Azlan Zainal, myBarber ialah sebuah inisiatifnya yang memberikan kelainan berbanding aplikasi tempahan lain. Idea mula tercetus ketika pandemik melanda seluruh negara di mana orang awam memerlukan khidmat pemotongan rambut di rumah.

image is not available

“Matlamat kami adalah untuk mereka semula pengalaman barbering dengan menjadikannya mudah diakses dan senang untuk semua orang.

"Dengan myBarber, pelanggan dapat berhubung dengan barber berkemahiran tinggi di sekitar, dan barber pula boleh menggunakan alat digital untuk mendapatkan pelanggan baru dan mengembangkan perniagaan mereka," kata pengasas bersama myBarber, Mohd Hazman.

Majlis pelancaran yang dihoskan oleh penyampai radio FlyFM Haniff Hamzah, dan Bidin Al Zaifa daripada Waknat TV ini menampilkan upacara pelancaran aplikasi myBarber versi beta terbuka, pertandingan barber secara langsung, dan sesi pendidikan khas mengenai penjagaan rambut yang diketuai oleh pakar industri terkenal. 

Ia juga telah dirasmikan oleh pengasas TODAK, Azlan Zainal, pempengaruh dan pengasas Joe’s Barbershop, Safuan Bachtiar dan Firdaus Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Retrobee.

image is not available
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by myBarber (@mybarberhq)








image is not available


image is not available








View Original Article