
Gunung Berapi Lewotobi Meletus Lagi
Gunung berapi Lewotobi Laki-laki yang terletak di Flores, Nusa Tenggara Timur dilaporkan meletus lagi pada Selasa, memuntahkan awan abu setinggi 11 kilometer ke ruang udara.
Menurut Ketua Agensi Vulkanologi Indonesia, Muhammad Wafid, letusan terkini ini berlaku selepas gunung berkenaan dilaporkan meletus sebanyak lapan kali pada hujung minggu lalu.
Pada Ahad, awan abu daripada letusan terdahulu mencapai ketinggian antara 3 hingga 5.5 kilometer.
Berikutan insiden tersebut, pihak berkuasa memberi amaran tentang potensi berlakunya aliran lava sekiranya hujan turun di kawasan sekitar.
Terdahulu pada Mac lalu, letusan daripada gunung yang sama telah mengganggu beberapa penerbangan ke Bali. Ini termasuk penerbangan dari syarikat penerbangan Australia seperti Jetstar dan Qantas.
Sementara itu, letusan yang berlaku pada November tahun lalu telah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa dan memaksa ribuan penduduk untuk berpindah bagi keselamatan.
Untuk makluman, Indonesia merupakan sebuah negara yang terletak dalam kawasan “Lingkaran Api Pasifik”. Ia merupakan zon seismik aktif yang kerap mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Sumber: Berita RTM
The post Gunung Berapi Lewotobi Meletus Lagi appeared first on Siakap Keli.



